Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang
dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita
dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita
yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin
ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para
model yang popular.
Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara
manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik,
ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,ada orang
menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada
orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang
hitam.
Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada
orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih
menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada
juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.
Di sebuah
kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang
mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai
besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah
seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.
Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut
yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran
kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi
berbentuk bulat di mulut.
Piring ini ditukar kepada yang lebih besar
dari semasa ke semasa. Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan
tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak
begitu menarik.
Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu
bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah
gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap
sesuatu perkara. Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik
masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan
cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.
Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita
ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu
tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah
atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah
seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai
kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu. Siapa kita untuk
mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN.
Sudah tentu kita tidak layak.
Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin.
Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan
memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan
keegoan anda yang menampani. Siapa anda, anda sendiri yang menentukan.
Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda
tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda
belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu. Itu saja yang
membezakan.
0 Response to "cantik dan tampan"
Post a Comment